Skip to main content

Kolej Matrikulasi Selangor

Assalamualaikum wbt 😊


First of all, to those yang dapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke Kolej Matrikulasi Selangor, tahniah! For this post, akak akan cerita serba sedikit tentang KMS so that korang akan dapat gambaran about KMS okeyy. Before that, some of adik adik yang dapat tawaran ke matrik mesti ada yang ragu-ragu kan whether matrik ni adalah pilihan yang betul atau tak. Well, tbh masa akak dapat tawaran pun akak macam nak pergi ke tak hmm. Or maybe korang jadi ragu-ragu sebab ada yang kata masuk matrik tak berbaloi sebab bila habis matrik sijil tu tak boleh buat kerja pun atau ramai yang cakap korang akan dapat course lelong bila masuk university nanti. Wanna hear some good news? Sejak 2016, sijil matrik dah diiktiraf untuk kerja okay koranggg. Yes ofc la taraf gaji sijil matrik tak sama dengan yang ada diploma degree semua tu, tapi it's better than nothing kan. Mana la tahu ada sebab yang buat tak boleh nak sambung study at least u have sijil matrikulasi. Yang course lelong tu disebabkan korang mungkin main-main masa study kat matrik tu je. Kalau result tak gempak pastu pilih UPU pun pilih guna sebelah mata hm memang lah. Lain kali isi UPU based on result yee. 


Okay okay back to business..


KMS ialah matrik yang paling baru sekali dalam Malaysia so ofc the facilities semua best best. Kalau nak compare dengan matrik lain, KMS ni kira yang paling kecil jugak la so sape yang tak suka jalan jauh jauh tu beruntung sangat. Yang suka bersukan petang petang tu haa mesti seronok je hidup kat KMS sebab banyak sangat yang korang boleh main. Ada squash, tennis, netball, volleyball, petangue eh banyak lah yang korang boleh try. Untuk kolej kediaman pulak, ada tiga kolej kediaman perempuan and dua kolej kediaman lelaki. 

Asrama Lelak 1 - Capella
Asrama Lelaki 2 - Canopus
Asrama Perempuan 1 - Mira
Asrama Perempuan 2 - Polaris
Asrama Perempuan 3 - Vega

jangan pelik ye dengan nama tu semua sebab tu semua nama bintang and u will know why once korang dah asuk sana nanti. Bilik pulak best weh besar dan sangat sangat selesa serious! Satu bilik empat orang and katil single. Locker, meja study, rak buku semua dapat sorang satu so apa lagi yang korang tak bersyukur wehh HAHA. Tapi kalau korang ubah arrangement katil ke almari ke ruang akan jadi kecil sikit la. Tapi okay je haha ye la mana la tahu kalau korang nak rapatkan katil sebab nak tidur sama sama dengan rommate ke kan. Bilik air bukan dalam bilik tau. Bilik air ada kat setiap hujung floor. Kira macam asrama sekolah la. Yang paling penting, ada dobi yeayyy hahah. Dobi ada kat setiap blok kecuali Capella if im not mistaken. Washing machine dengan dryer RM3 each. Bilik iron pun ada so tak yah beratkan bag bawak iron sendiri plus kalau iron dalam bilik blackout satu wing haa sape susah. Kalau felo (aka warden) marah dia akan denda dengan lambat bagi electric balik sebab nak bagi korang sedar huhuhu. Cafe pulak ada tiga.

Kafeteria Orion (lelaki) - antara Capella & Canopus
Kafeteria Carina (perempuan) - antara Mira & Polaris
Kafeteria Lyra (perempuan) - antara Polaris & Vega

untuk girls, kalau nak makan dekat Orion, boleh pergi dari pagi sampai 7 pm. Tapi kalau dah 6 lebih tu tak yah la berhasrat pergi sana sebab Orion tu jauh dengan asrama permpuan. Boys pun sama. Kalau nak makan kat Carina or Lyra kena pergi before 7 pm. 


Yang memisahkan asrama perempuan dengan asrama lelaki is Aquila. Aquila ni kira macam students centre la gitu sebab situ ada kedai runcit dengan bookshop. Ni je la tempat nak bershopping malam malam hikhik. Kat Aquila jugak ada pejabat HEP (Hal Ehwal Pelajar) dengan bilik kaunseling. 


Library, language lab dengan computer lab dalam satu bangunan yang sama. Nanti kat sini la the first place yang korang akan jejak untuk pedaftaran semua. Sebelah library ada Surau As-Sufi. Surau dia besaaaaaarr gila. Sama besar macam masjid. Usually every friday ramai orang luar akan solat jumaat kat surau ni termasuklah institut-institut pengajian yang ada kat sekitar banting ni. 


Cubicle pensyarah & pejabat ada kat bahagian depan dekat dengan dewan. Cubicle pensyarah ikut subject yang dorang ajar. Contohnya biology dengan chemistry kat aras bawah, maths physics account (and other subject for accountancy) kat aras satu. Aras 2 which is atas sekali is for english and agama. Cubicle ni jugak tempat students ambik aircond jap sebab banting panas weh berpeluh tu cepat je huh. 

Next, Dewan Antares ni hm orang kata macam sauna pun ada sebab panas sangat kat dalam tu. Korang disarankan bawa kipas kecil kalau nak pergi dewan sebab kalau tak duduk dekat dengan kipas memang macam cacing kepanasan la kau kat situ.  


Dataran Kosmik. Dataran ni selalu orang buat ambil gambar je dengan background surau. Tapi serious lawa kalau reti ambil angle baik. Ambil time petang sebelum senja tu lagi lawa sebab langit mashaAllah sangat cantik waktu tu. 


Lab dengan bangunan kuliah dekat je so korang tak perlu la berkejar sangat nak pergi next class. Lab pun ikut subject jugak. Biology aras bawah, chemistry aras satu and physics aras dua. Dewan kuliah ada enam - 2 besar 4 kecil. semua dekat dekat je so senang nak cari. Bilik tutor pun sama semua dekat dekat je. 


Lastly, akak nak pesan belajar elok elok kat matrik ni. 10 bulan tu tak lama pun. Memang akan rasa stress sebab subject banyak lagi lagi module 1 tapi tu semua akan hilang bila korang dah siapkan assignments and tutorial yang lecturers bagi. Belajar mana mana pun stress even kat sekolah pun stress cuma tak sama dengan university life ni. Walaupun matrik cuma pre-u tapi korang akan apat gambaran sebenar macam mana nak survive kat university nanti. Enjoy as much as u can tapii jangan lupa study. Dan yang paling paling paling penting, untuk semua yang beragama Islam, jagalah solat. Kita jaga solat, semua benda akan terjaga. Untuk yang lelaki, rajin rajinlah pergi surau. Surau dengan Capella Canopus berapa langkah je dik.  Jaga hubungan dengan Allah, dengan lecturers, kawan. Hablu minallah hablu minannas. HUHU panjang pulak pesanan ye sorryy


Okay la i think i reviewed everything about KMS. If korang ada anything nak tanya, just comment and i will try to answer. GOOD LUCK WITH MATRICULATION LIFE ! WISH U ALL THE BEST. Till then.


Thanks for reading! ♡

ps; korang better check KMS portal untuk apa apa info penting before daftar 😉






Comments

  1. Adik...makcik nk tanya matrikulasi sains dan kejuruteraan perbezaan dia...sbb ank confuse nk ambik yg mana satu...kelebihan & kelemahan...tqvm

    ReplyDelete

Post a Comment